Tuesday, 10 April 2018

Terdapat dua jenis alamat didalam rangkaian komputer iaitu alamat fizikal (physical addressing) dan alamat logikal (logical addressing).

Untuk memahami perbezaan kedua-dua jenis alamat ini, mari kita rujuk kembali 7 lapisan model OSI.

Model Open Systems Interconnection (OSI) adalah piawaian yang dibangunkan oleh Organisasi Piawaian Antarabangsa / International Standards Organization (ISO) untuk menyediakan rangka tindakan untuk pematuhan pembangunan perisian dan komunikasi rangkaian.

Kefahaman yang baik mengenai 7 lapisan model OSI ini sangat membantu dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan rangkaian komputer.

Kembali kepada Alamat fizikal dan logikal.

Alamat fizikal ialah alamat MAC bersaiz 48-bit (48-bit MAC address) yang telah ditetapkan oleh pengeluar didalam kad antara muka rangkaian / network interface cards (NICs) mereka.

Alamat fizikal adalah unik. Ia juga turut dirujuk sebagai alamat Ethernet atau perkakasan (Ethernet or hardware address), dan tidak boleh diubah.

Akan tetapi, terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk menukarnya.

Alamat MAC (MAC Address) atau Ethernet ini terletak pada Lapisan kedua (data Link) Model OSI.

Contoh Alamat MAC ialah 00:0c:F5:09:56:E8.

Alamat logikal pula adalah alamat IP 32-bit (32-bit IP address) yang tidak tertanam (embedded) pada kad rangkaian tetapi ia diberikan kepadanya untuk tujuan penghalaan (routing) diantara rangkaian.

Alamat IP boleh ditukar, tidak seperti Alamat MAC.

Alamat jenis ini beroperasi pada lapisan 3 (network/rangkaian) Model OSI.

Contoh Alamat IP adalah seperti 150.60.122.98.

Protokol Internet / Internet Protocol (IP), digabungkan dengan Protokol Kawalan Penghantaran / Transmission Control Protocol (TCP), membentuk TCP/IP, yang merupakan protokol utama menghubungkan rangkaian dalam rangkaian iaitu Internet.

Dapatkah anda mengenalpasti kedua-dua jenis alamat ini didalam komputer anda?
Tahukah anda mengapa kedua-dua jenis alamat ini penting dalam rangkaian komputer?

Jika and berminat untuk belajar lagi dengan lebih lanjut, sertai Kursus Asas Linux Networking pada 28 April 2018 ini. Daftar segera!!! Tempat adalah terhad.
https://www.facebook.com/events/188123388632843/

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment