Sunday 21 January 2018

Pangkalan data adalah koleksi data yang disusun dengan cara yang memudahkan akses, serta pengurusan dan pengemaskinian yang cekap.

Pangkalan data terdiri daripada jadual yang menyimpan maklumat yang tertentu.

Sebagai contoh, anda akan menggunakan pangkalan data, jika anda membuat laman web seperti Facebook ini, yang mengandungi banyak maklumat seperti nama pengguna, kata laluan, kandungan, komen dan sebagainya.

Mari kita tengok beberapa komponen yang penting didalam sesuatu pangkalan data.

Database Table merupakan satu jadual dengan baris (rows) dan lajur (columns) sama seperti apa yang dilihat dalam hamparan (spreadsheet) Excel.

Table yang berbeza mengandungi maklumat mengenai pelbagai jenis perkara.

Pangkalan data biasanya mengandungi beberapa jadual (table), masing-masing direka untuk tujuan tertentu.

Sebagai contoh, berikut merupakan jadual (table) pangkalan data nama dan nombor telefon.

Pada mulanya, tiada TABLE dalam pangkalan data dbTelefon ini.

Ini disahkan melalui arahan SHOW TABLES;

Kemudian, kita akan membuat suatu jadual baru yang bernama tbl_NoTel

Sekali lagi arahan SHOW TABLES; digunakan untuk mengesahkan jadual ini.

Untuk memaparkan maklumat mengenai COLUMN Bilangan, Nama dan NoTelefon, arahan SHOW COLUMNS FROM tbl_NoTel; digunakan.

Arahan DESCRIBE dan EXPLAIN juga boleh digunakan untuk memaparkan maklumat yang sama.

Selepas pangkalan data dan jadual (TABLE) telah dibuat, data yang berkenaan bolehlah ditambah dengan arahan INSERT INTO.

Akhir sekali, untuk melihat maklumat yang telah dimasukkan ke dalam TABLE tbl_NoTel, arahan SELECT * FROM tbl_NoTel; digunakan.

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.
Seperti bahasa pengaturcaraan C atau Perl, PHP memerlukan arahan yang perlu ditamatkan dengan titik koma (semicolon ;) pada akhir setiap pernyataan.

Tag penutup blok kod PHP (?>) secara automatik menandakan koma bertitik (;) oleh itu koma bertitik tidak diperlukan untuk menamatkan barisan terakhir blok PHP.

Sekiranya salah satu kod penutup (; atau ?>) tiada, PHP akan mengganggap bahawa kod tersebut masih mempunyai sambungannya.

Ini akan menyebabkan masalah apabila ada kod lain dibawah kod yang tidak mempunyai koma bertitik (;) itu.

Mari kita lihat contoh dalam rajah di berikut.

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

4 contoh kod PHP yang digunakan dalam post terdahulu.

Perhatikan status kod HTTP bagi cuba4.php ialah 500 (500 Internal Server Error) yang membawa maksud sesuatu yang tidak kena pada server tersebut.

Jika anda ingin mengetahui dengan lanjut mengenai punca ini, anda juga boleh menyemak log ‘error_log’ seperti yang telah kita lakukan sebelum ini.

Dapatkah anda menunjukkan punca masalah tersebut?

Bagaimana pula cara untuk mengatasinya?

cuba1.php
<?php echo 'Cubaan pertama dengan tag penutup dan koma bertitik'; ?>

cuba2.php
<?php echo 'Cubaan ke 2 tanpa koma bertitik' ?>

cuba3.php
<?php echo 'Cubaan ke 3 tanpa tag penutup';

cuba4.php
<?php echo 'Cubaan ke 4 tanpa tag penutup dan koma bertitik'

😎 Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

Saturday 20 January 2018


PHP 5 dan versi kemudian/terbaru boleh berhubung dengan pangkalan data MySQL menggunakan:

1. Sambungan MySQLi ("i" bermaksud improved / peningkatan)

2. PDO (PHP Data Objects / Objek Data PHP)

Kedua-dua MySQLi dan PDO mempunyai kelebihan masing-masing:
PDO akan berfungsi pada 12 sistem pangkalan data berbeza, sedangkan MySQLi hanya akan berfungsi dengan pangkalan data MySQL.

Jadi, jika anda perlu menukar projek anda untuk menggunakan pangkalan data yang lain, PDO akan memudahkan prosesnya.

Anda hanya perlu mengubah rentetan sambungan (connection string) dan beberapa pertanyaan (queries).

 Dengan MySQLi, anda perlu menulis semula keseluruhan kod, ini termasuklah pertanyaan (queries).

Kedua-duanya berorientasikan objek (object-oriented), tetapi MySQLi juga menawarkan API prosedural (procedural API).

Mari kita lihat contoh kod PHP yang digunakan untuk berhubung dengan pangkalan data MySQL.

Sebelum itu, pastikan nama/alamat server, nama pengguna, kata laluan, dan nama pangkalan data wujud dan tepat.

Sekiranya salah satu tidak tepat, maka kod PHP anda akan mengalami masalah untuk berhubung dengan pangkalan data tersebut.

Anda boleh melakukan ujian mudah dengan masuk ke dalam MySQL tersebut secara manual seperti berikut.

mysql -u root -h localhost db_KursusKomputerSelangor -e 'SELECT USER(),DATABASE();'
Dalam kes ini, pangkalan data yang bernama `db_KursusKomputerSelangor` masih lagi belum dibuat.

Untuk menyelesaikan masalah ini, buatlah satu database bernama `db_KursusKomputerSelangor` dengan menggunakan arahan berikut.

CREATE DATABASE db_KursusKomputerSelangor;

Kemudian, anda boleh mengujinya kembali dan kali ini, tiada lagi masalah.

Bagaimana pula sekiranya bahagian lain dalam kod PHP anda bermasalah?

Tahukah anda bagimanakah cara untuk mengesannya?

Apakah kesilapan yang perlu dielakkan dalam kod di atas?

Apakah risikonya?

Bagaimana pula cara untuk mengatasinya?

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.