Monday 23 April 2018

Seperti yang anda sedia maklum, LAN adalah singkatan dari Local Area Network atau Rangkaian Kawasan Setempat.

VLAN pula adalah Virtual Local Area Network atau Rangkaian Kawasan Setempat Virtual.

Tapi, apa yang dimaksudkan dengan "virtual" disini?

Mengapa ada versi LAN biasa dan Virtual LAN (VLAN)?

VLAN sebenarnya adalah sekumpulan peranti pada satu atau lebih LAN yang dikonfigurasikan untuk berkomunikasi seolah-olah mereka dipasang pada rangkaian yang sama, yang berkongsi switch yang sama, sedangkan mereka sebenarnya terletak pada segmen LAN yang berlainan, dan melalui switch yang berlainan.

VLAN bukannya sambungan fizikal, ia sebenarnya sambungan logikal.

Justeru itu, VLAN tersangatlah fleksibel.

Apa maksud fleksibel disini?

Rujuk gambar dibawah. Sekiranya sesebuah syarikat mempunyai 3 jabatan yang berbeza, cara terbaik untuk mengasingkan setiap rangkaian komputer dengan memperuntukan switch yang berasingan.

Contoh, switch 1 untuk Jabatan IT, switch 2 untuk HR dan switch 3 untuk Jabatan Jualan/Sales.

Tahukah anda apa kekangan dengan kaedah ini?

Ya, mereka perlu berada pada lokasi fizikal yang sama kerana mereka perlu berkongsi switch yang sama.

Bagaimana pula sekiranya mereka perlu berpindah lokasi secara fizikal? Ini tentunya akan mendatangkan masalah bukan?

Disinilah VLAN memainkan peranannya.

Perhatikan gambar tersebut. Meskipun ketiga-tiga jabatan ini mempunyai pekerja yang berada pada lokasi yang berbeza, namun mereka masih boleh dikumpulkan dalam LAN Virtual yang sama.

Ini hanyalah satu contoh.

Bolehkah anda memberi contoh yang lain akan kelebihan VLAN ini berbanding LAN tradisional?

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment