Sunday 22 April 2018

Kali ini kita akan membincangkan mengenai tujuh lapisan (seven layers).

Bukan tujuh lapisan kuih lapis ye.

Bagi profesional IT, tujuh lapisan merujuk kepada model Sistem Terbuka Saling Sambung (Open Systems Interconnection / OSI), kerangka konseptual (conceptual framework) yang menggambarkan fungsi rangkaian atau sistem telekomunikasi.

Bermula pada tahun 1970-an apabila rangkaian komputer mula berkembang, dua model berasingan telah digabungkan pada tahun 1983 dan diterbitkan pada tahun 1984 untuk mencipta model OSI yang anda kenali pada hari ini.

Model ini menggunakan lapisan untuk membantu memberikan gambaran visual tentang apa yang sedang berlaku dengan sistem rangkaian tertentu.

Ini dapat membantu para pengurus/jurutera rangkaian menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan rangkaian komputer.

Adakah punca masalah berkaitan dengan lapisan fizikal atau sesuatu yang tidak kena pada dengan lapisan aplikasi?

Tujuh lapisan OSI juga turut membantu pengaturcara komputer semasa membangunkan sesuatu aplikasi dan ketika menyelesaikan masalah.

Tahukah anda sebarang masalah yang berkaitan dengan rangkaian komputer dapat diselesaikan dengan lebih cepat sekiranya anda betul-betul memahami konsep 7 lapisan OSI ini?

Sebagai contoh, sekiranya anda pernah bekerja di syarikat yang besar, setiap fungsi diwakili oleh tim tertentu.

Contohnya ada Jabatan Keselamatan Siber, Jabatan Rangkaian, Jabatan Pembangunan Aplikasi, dan sebagainya.

Setiap kali berlakunya sesuatu masalah, adalah sesuatu yang biasa diperhatikan setiap tim yang berbeza ini akan mula menuduh satu sama lain.

Seringkali mereka mendakwa tim yang berbeza mempunyai masalah dan mendakwa tiada masalah pada pihak mereka.

Tahukah anda sesuatu masalah itu dapat dikesan dengan mudah puncanya sekiranya setiap pihak memahami bagaimana 7 lapisan OSI ini berfungsi.

Berita baik, kita akan mencuba beberapa senario yang berbeza pada hari Sabtu ini, 28 April 2018.
Untuk pengetahuan anda, pendaftaran telah pun ditutup.

Tahniah kepada para peserta yang telah mendaftar. Jumpa anda Sabtu ini.

Tahukah anda akan ketujuh-tujuh lapisan ini?

Apakah fungsi setiap lapisan?

Bolehkah anda memberi contoh kegunaan setiap lapisan ini?

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment