Tidak seperti serangan-serangan siber yang lain, serangan DoS tidak bertujuan untuk mencuri, mengubah atau memusnahkan maklumat, tetapi untuk menghalang pengguna yang sah dari menggunakan perkhidmatan.
Ia juga biasanya berlaku apabila penyerang gagal untuk melaksanakan serangan yang lain, lantas DoS/DDoS dijadikan sebagai serangan yang terakhir.
Serangan DoS datang dalam banyak bentuk, dari sekadar memotong bekalan kuasa ke sistem, atau membanjiri (flooding) sistem dengan lalu lintas rangkaian yang sah.
"Distributed Denial-of-Service attack (DDoS) pula merupakan teknik yang sama tetapi sumber serangan berasal dari banyak sumber yang berbeza.
Ini menjadikannya mustahil untuk menghentikan serangan dengan menghalang satu punca (a single source) sahaja.
Serangan DoS atau DDoS boleh diibaratkan seperti sekumpulan orang yang berkumpul di pintu masuk sebuah kedai, sehingga sukar bagi pelanggan yang sah untuk memasuki, dan seterusnya mengganggu urusan jual beli yang sepatutnya berlaku tanpa sebarang masalah.
Apa jua pun bentuk serangan DoS/DDoS, apa yang pasti ianya akan menyebabkan sesuatu perkhidmatan terganggu.
Memandangkan Internet boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, ini menjadikannya terdedah kepada serangan DoS/DDoS.
Daftar segera!!! Tempat adalah terhad.
https://www.facebook.com/events/188123388632843/

No comments:
Post a Comment