Sunday 8 April 2018


Ilmu komputer adalah luas sekali.

Jika anda baru sahaja bermula, tidak perlu tergesa-gesa untuk mempelajari kesemua topik dalam satu-satu masa.

Ianya tidak efisyen, membuatkan anda cepat penat, tidak dapat fokus, tertekan dan gagal untuk menguasai sesuatu topik.

Apa yang lebih buruk lagi, ia mungkin akan membuatkan anda hilang minat pada sesuatu tajuk itu.

Sebaliknya, pilihlah satu-satu topik pada satu-satu masa, dan ambil masa yang sesuai untuk menguasainya.

Proses pembelajaran itu adalah satu proses yang berterusan.

Ia hanya berakhir apabila jasad terbujur kaku, tidak lagi menyedut O (Oksigen) dan menukarkannya kepada CO2 (Karbon Dioksida).

Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah proses ini harus berterusan.

Setiap hari, pastikan anda memperuntukan sekurang-kurangnya beberapa minit hinggalah kepada beberapa jam mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing.

 Imbangi kehidupan seharian dengan pelbagai aktiviti yang sihat.

 Sebab itulah moto kami:
Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment