Friday 6 April 2018

Seperti yang telah dibincangkan dalam post terdahulu, terdapat dua jenis alamat IP iaitu Alamat IP Awam (Public IP Address) dan Alamat IP Peribadi (Private IP Address).

Hanya Alamat IP Awam (Public IP Address) boleh digunakan dalam rangkaian internet dan ianya perlu didaftarkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.

Tahukah anda bagaimana dan siapakah yang menguruskan Alamat IP Awam (Public IP Address) ini?

Ya, jawapannya ialah Pendaftar Internet Serantau atau Regional Internet Registry (RIR).

RIR merupakan sebuah organisasi yang menguruskan peruntukan dan pendaftaran sumber nombor Internet (Internet number resources) di rantau tertentu di dunia.

Sumber nombor internet ini termasuklah alamat IP dan nombor sistem autonomi (Autonomous System numbers/AS).

Sistem Pendaftaran Internet Serantau (RIR) sentiasa berkembang dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Ketika artikel ini ditulis, terdapat lima (5) RIR iaitu:

1. Pusat Maklumat Rangkaian Afrika / African Network Information Center (AFRINIC) untuk Afrika

2. Pusat Maklumat Rangkaian Asia Pasifik / Asia-Pacific Network Information Centre (APNIC) untuk Asia, Australia, New Zealand, dan negara-negara jiran yang sewaktu dengannya.

3. Pendaftar Amerika untuk Nombor Internet / American Registry for Internet Numbers (ARIN) untuk Amerika Syarikat, Kanada, serta beberapa bahagian wilayah Caribbean, dan Antartika.

4. Pusat Maklumat Rangkaian Amerika Latin dan Caribbean / Latin America and Caribbean Network Information Centre (LACNIC) untuk Amerika Latin dan bahagian-bahagian wilayah Caribbean

5. Pusat Penyelarasan Rangkaian IP Eropah / Réseaux IP Européens Network Coordination Centre (RIPE NCC) untuk Eropah, Rusia, Timur Tengah, dan Asia Tengah.

Jika and berminat untuk belajar lagi dengan lebih lanjut, sertai Kursus Asas Linux Networking pada 28 April 2018 ini. Daftar segera!!! Tempat adalah terhad.
https://www.facebook.com/events/188123388632843/

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

https://www.facebook.com/kursuskomputerselangor/photos/a.373920349649193.1073741828.309602412747654/564132193961340/

No comments:

Post a Comment