Saturday 29 July 2017

traceroute



Pada tahun 1987, Van Jacobson telah membangunkan perisian traceroute untuk mengesan masalah routing didalam rangkaian.

Pada tahun yang sama, beliau dan rakan-rakan di Lawrence Berkeley Laboratory Network Research Group juga telah mula membangunkan utiliti tcpdump.

Masalah seperti "routing loop" dan dimana ianya berlaku dapat dikesan dengan mudah sekali melalui traceroute.

Traceroute juga digunakan untuk mengenalpasti laluan paket-paket IP yang akan dilalui dari satu komputer kepada komputer yang lain.

Utiliti traceroute yang digunakan didalam Sistem Operasi Microsoft Windows adalah berbeza dengan Linux.

Windows menggunakan ICMP didalam perlaksanaan traceroute atau lebih dikenali sebagai tracert didalam OS tersebut.

Manakala Sistem Operasi berasaskan UNIX, Linux dan BSD menggunakan protokol UDP. Cisco juga menggunakan UDP didalam perlaksanaan utiliti traceroute-nya.

Berdasarkan rajah dibawah, terdapat dua kemungkinan laluan (route) dari PC01 ke PC04.

Ramai menyangka bahawa PC01 akan melalui Laluan A dimana bilangan hop (hop counts) adalah lebih sedikit berbanding Laluan B.

Adakah ia benar?

Dengan menggunakan utiliti traceroute, teka teki ini terjawab dengan mudah sekali.

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.
 Contoh lab yang akan digunakan untuk "simple network troubleshooting".

Para peserta akan bermula dengan topologi rangkaian yang ringkas sebelum didedahkan dengan rangkaian yang lebih kompleks.

Tidak lupa juga pengenalan kepada proses analisa paket (packet analysis) dengan menggunakan tcpdump dan juga Wireshark.

😎 Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

Saturday 22 July 2017


Katakan anda ingin mengetahui berapa banyak peralatan komputer yang berada didalam rangkaian anda.

Katakan anda ingin mengetahui berapa banyak gadget yang sedang menggunakan sambungan tanpa wayar dirumah anda.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan. Mari kita lihat kaedah pertama.

Salah satu cara yang mudah ialah dengan menghantar isyarat ICMP ECHO REQUEST, atau bahasa mudahnya ping kepada semua komputer tersebut.

Masalahnya, anda tidak mengetahui Alamat IP yang digunakan oleh komputer lain.

Didalam rangkaian kelas C yang biasa digunakan, maksimum hosts yang boleh digunakan ialah sebanyak 254.

Adakah ini bermakna anda perlu 'ping' kesemua 254 hosts ini satu persatu?

Disinilah pengetahuan mengenai scripting sangat berguna.

Apa sahaja tugasan yang berulang-ulang, kita boleh mengunakan scripting untuk membantu melaksanakan tugasan ini tanpa perlu memasang (install) perisian yang lain.

Lihat sahaja contoh dibawah dengan menggunakan gegelung for (for loop), utiliti ping sedia ada dapat berfungsi dengan lebih efisyen.

Perhatikan daripada 5 Alamat IP, hanya 3 hosts sahaja yang membalas ECHO REQUEST tersebut dengan ECHO REPLY.

2 lagi tidak dapat dikesan (100% packet lost).

Selain itu, anda juga boleh menggunakan perisian sedia ada seperti fping, hping, nmap, ataupun yang sewaktu dengannya. Akan tetapi, perisian-perisian ini perlu dipasang terlebih dahulu sebelum anda dapat menggunakannya.

Teknik ini juga dikenali sebagai "ping sweep"

Selamat mencuba.




Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.