Wednesday 24 May 2017


Ping sering digunakan untuk menguji sambungan rangkaian diantara dua komputer.

Jika komputer destinasi memberi respon kepada ping ini, anda akan menerima mesej "Reply from <IP Address>"

Jika sebaliknya, anda akan menerima "Request timed out" atau "Destination host unreachable".

Setiap mesej yang diterima memberi maksud yang berbeza.

Utiliti ping ini juga akan mengukur "round-trip time" bagi mesej yang dihantar oleh sebuah komputer (source) kepada komputer yang lain (destination).

Masa respon (response time) yang ideal untuk ping didalam rangkaian setempat LAN tidak sepatutnya melebihi 1ms.

Akan tetapi, faktor-faktor lain seperti komputer dan peranti rangkaian yang perlahan juga mempengaruhi masa respon. Mengapa?

Sekiranya anda ping pada peralatan yang sibuk memproses tugasan lain, ia akan mengambil masa untuk menjawab.

Dalam kes ini, ping bukannya mengukur "wire latency" tapi "server latency" juga.

Oleh itu, sekiranya anda menerima masa yang tinggi seperti rajah dibawah, sudah tiba masanya untuk anda menyiasat apa yang tidak kena dengan komputer atau rangkaian anda.

😊 Selamat mencuba dan beramal.

😎 Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.