Sunday 8 April 2018

Jika anda pernah menggunakan Internet, pastinya anda telah menggunakan Sistem Nama Domain atau Domain Name System (DNS), walaupun tanpa menyedarinya.

Tugas asasnya adalah untuk menjadikan nama domain yang mesra pengguna seperti "KursusKomputerSelangor.com" menjadi alamat Internet Protocol (IP) seperti 50.63.202.26 yang digunakan oleh komputer untuk mengenal pasti satu sama lain di rangkaian.

Ia bolehlah diibaratkan seperti GPS komputer anda untuk Internet.
Komputer dan peranti rangkaian lain di Internet menggunakan alamat IP untuk menghantar permintaan anda ke laman web yang anda cuba capai.

Ini samalah dengan mendail nombor telefon untuk menghubungi seseorang.

Terima kasih kepada DNS, anda tidak perlu menyimpan buku alamat "Alamat IP" anda sendiri.

Sebaliknya, anda hanya menyambungkan ke Pelayan Nama Domain (Domain Name Server), juga dikenali sebagai Pelayan DNS (DNS server) atau Pelayan Nama (Name Server), yang menguruskan pangkalan data berskala besar yang memetakan nama domain ke alamat IP.

Pastinya "KursusKomputerSelangor.com" adalah lebih mudah diingati berbanding Alamat IP 50.63.202.26 bukan?

Sama ada anda mengakses laman web atau menghantar e-mel, komputer anda menggunakan pelayan DNS untuk mencari nama domain yang anda cuba capai.

Istilah yang sesuai untuk proses ini adalah Resolusi Nama DNS (DNS Name Resolution), dimana pelayan DNS memetakan nama domain ke alamat IP.

Sebagai contoh, apabila anda memasukkan "KursusKomputerSelangor.com" di pelayar web (web browser) anda, sebahagian daripada traffik rangkaian akan memetakan nama domain "KursusKomputerSelangor.com" ke alamat IP, seperti 50.63.202.26.

Walaupun proses ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun anda masih boleh memeriksanya dengan menggunakan sebarang penganalisa paket.

Gambar daripada gohacking. com menunjukkan bagaimana proses DNS request ini berlaku.

Jika and berminat untuk belajar lagi dengan lebih lanjut, sertai Kursus Asas Linux Networking pada 28 April 2018 ini. Daftar segera!!! Tempat adalah terhad.
https://www.facebook.com/events/188123388632843/

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment