Tuesday, 10 April 2018

Dua komputer dalam rangkaian hanya boleh berkomunikasi satu sama lain, jika mereka tahu alamat fizikal (physical address) masing-masing.

Walaupun program komputer menggunakan alamat IP (IP addresses) untuk menghantar dan menerima mesej, komunikasi asas sebenar selalu berlaku melalui alamat fizikal pada lapisan kedua OSI.

ARP adalah protokol komunikasi yang digunakan untuk mencari alamat lapisan pautan (datalink layer address), seperti alamat MAC (MAC address) yang berkaitan dengan alamat lapisan rangkaian (network layer address) yang diberikan, biasanya alamat IPv4.

"Datalink layer address" ini terletak pada lapisan kedua OSI, manakala "Network layer address" terletak pada lapisan ketiga.

Untuk pengetahuan anda, ARP merupakan singkatan dari Address Resolution Protocol (ARP).
Ia berfungsi untuk menterjemahkan Alamat IP ke Alamat MAC (translating IP addresses to MAC addresses).

Bagi rangkaian Protokol Internet Versi 6 / Internet Protocol Version 6 (IPv6) pula, fungsi ARP disediakan oleh Neighbor Discovery Protocol (NDP).

ARP adalah protokol permintaan-tindak balas (request-response protocol) dimana mesejnya dibalut (encapsulated) oleh protokol lapisan pautan (link layer protocol).

Ia hanya boleh berkomunikasi dalam sempadan rangkaian yang sama sahaja, dan tidak akan dihalakan (never routed) ke rangkaian yang berbeza.

Dua komputer dalam rangkaian hanya boleh berkomunikasi satu sama lain, jika mereka tahu alamat fizikal (physical address) masing-masing.

Walaupun program komputer menggunakan alamat IP (IP addresses) untuk menghantar dan menerima mesej, komunikasi asas sebenar selalu berlaku melalui alamat fizikal pada lapisan kedua OSI.

ARP adalah protokol komunikasi yang digunakan untuk mencari alamat lapisan pautan (datalink layer address), seperti alamat MAC (MAC address) yang berkaitan dengan alamat lapisan rangkaian (network layer address) yang diberikan, biasanya alamat IPv4.

"Datalink layer address" ini terletak pada lapisan kedua OSI, manakala "Network layer address" terletak pada lapisan ketiga.

Untuk pengetahuan anda, ARP merupakan singkatan dari Address Resolution Protocol (ARP).

Ia berfungsi untuk menterjemahkan Alamat IP ke Alamat MAC (translating IP addresses to MAC addresses).

Bagi rangkaian Protokol Internet Versi 6 / Internet Protocol Version 6 (IPv6) pula, fungsi ARP disediakan oleh Neighbor Discovery Protocol (NDP).

ARP adalah protokol permintaan-tindak balas (request-response protocol) dimana mesejnya dibalut (encapsulated) oleh protokol lapisan pautan (link layer protocol).

Seperti yang telah diutarakan oleh Encik Asyran Abdullah dalam ruangan komen sebelum ini, ARP hanya boleh berkomunikasi dalam sempadan rangkaian yang sama sahaja, dan tidak akan dihalakan (never routed) ke rangkaian yang berbeza.

Rajah di bawah menunjukkan bagaimana hubungan komunikasi lapisan kedua (datalink) dan ketiga (network) ini berlaku.

Jika and berminat untuk belajar dengan lebih lanjut lagi secara hands-on, sertai Kursus Asas Linux Networking pada 28 April 2018 ini. Trainer berpengalaman lebih 16 tahun dalam bidang ini.
Daftar segera!!! Tempat adalah terhad.
https://www.facebook.com/events/188123388632843/

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment