Sunday 16 October 2016

Pengenalan kepada Kursus Asas Rangkaian Komputer


Kursus Asas Rangkaian Komputer akan membantu para peserta membina pengetahuan dan kemahiran didalam bidang Rangkaian Komputer.

Diantara topik penting yang akan dibincangkan ialah Infrastruktur Rangkaian (Network Infrastructures),  Perkakasan Rangkaian (Network Hardware), serta Protocol and Services.

Kursus ini amat sesuai kepada individu yang baru berjinak didalam bidang teknologi komputer dan ingin mengukuhkan pengetahuan asas sebelum mengambil kursus yang lebih advanced seperti Cisco CCNA, CCNP dan CCIE.


Objektif Kursus

Selepas menghadiri kursus ini, para pelajar akan dapat:
  1. Memahami Infrastruktur Rangkaian (Network Infrastructures)
  2. Memahami Perkakasan Rangkaian (Network Hardware)
  3. Memahami Protocol and Services

Siapa yang perlu menghadiri kursus ini
  1. Sesiapa sahaja yang ingin memulakan kerjaya didalam bidang rangkaian komputer
  2. Sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu rangkaian komputer

Course Outline
  1. OSI Layer
  2. Wired & Wireless Network
  3. Internet Protocol
  4. TCP/IP & command line
  5. Network Services
  6. LAN & WAN
  7. Infrastruktur Rangkaian
  8. Keselamatan Rangkaian 

Daftar Sekarang <- Klik di sini untuk pendaftaran
Sabtu, 25 Febuari 2017
Sabtu, 6 Mei 2017
9:30 pagi - 5:30 petang

Maklumat Lanjut:
https://www.facebook.com/events/1783716075231682/
https://www.facebook.com/KursusKomputerSelangor/
https://KursusKomputerSelangor.blogspot.my

Saturday 15 October 2016

Jurutera Rangkaian Komputer (Network Engineer)... Dimana mahu bermula?

Anda ingin menjadi seorang Jurutera Rangkaian Komputer (Network Engineer)?
Tahukah anda dimana anda perlu bermula?

Terdapat banyak sebab kenapa Jurutera Rangkaian Komputer dipilih sebagai kerjaya anda. Diantara sebabnya ialah:
  1. Gaji yang bagus
  2. Banyak peluang bekerja di syarikat-syarikat besar termasuklah syarikat antarabangsa (Multinational Corporation / MNC)
  3. Boleh mencuba teknologi rangkaian yang terkini
  4. Dan banyak lagi sebab-sebab yang lain :)
Akan tetapi, ianya bukanlah perkara yang mudah apatah lagi anda baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti / Kolej. Anda perlu bersaing dengan ribuan lagi Jurutera Rangkaian Komputer yang berpengalaman.

Dalam artikel ini, kami akan membantu dan membimbing anda bagaimana untuk mendapat kerja sebagai seorang Jurutera Rangkaian Komputer. Bagus bukan? :)


1. Pendidikan Rasmi

Tidak kira apa sahaja bidang yang ingin anda ceburi, ilmu adalah perkara yang amat penting sebagai panduan. Pada hari ini, kebanyakan majikan lebih gemar untuk memilih mereka yang mempunyai pendidikan rasmi didalam bidang Rangkaian Komputer khususnya atau Sains atau Kejuruteraan Komputer umumnya. Sekiranya anda belum melanjutkan pelajaran ke Universiti / Kolej, anda boleh merancang untuk mengambil kursus ini.

Namun begitu, ada juga dikalangan Jurutera Rangkaian Komputer pada hari ini bukan dari lulusan Sains atau Kejuruteraan Komputer. Malahan, ada diantara mereka tidak pernah melanjutkan pelajaran ke Universiti / Kolej!

Adakah perkara ini tidak mustahil?

Ya benar. Malahan ada diantara sahabat saya sendiri memiliki kelayakan SPM sahaja. Beliau memilih untuk bekerja sebaik sahaja tamat pelajaran.

Nasihat saya; tidak semua orang bernasib baik seperti sahabat saya ini. Ada baiknya jika anda mempunyai kelayakan rasmi dari Universiti / Kolej yang diiktiraf.


2. Pendidikan Tidak Rasmi & Latihan

Bidang Teknologi Maklumat (Information Technology / IT) berkembang dengan pesat. Teknologi baru dihasilkan setiap hari. Sekiranya anda tidak mahu ketinggalan didalam bidang ini, anda perlu memastikan teknologi-teknologi yang penting dikuasai.

Jika anda telah meninggalakan pengajian di Universiti, beberapa perkara yang boleh anda lakukan ialah dengan sentiasa membaca melalui majalah ataupun di Internet sendiri. Contohnya ialah dengan sentiasa mengikuti artikel terbaru dari blog ini :)

http://kursuskomputerselangor.blogspot.my/

Jika anda ingin membaca artikel-artikel terbaru dari blog ini sebaik sahaja ianya diterbitkan, apa yang perlu anda lakukan ialah hanya menyukai (like) muka (page) https://www.facebook.com/kursuskomputerselangor/

Setiap artikel terbaru akan dihantar secara automatik ke muka facebook ini juga. Jadi, anda boleh mendapat info terbaru secara langsung dari facebook anda! Bagus bukan :)

Selain membaca, anda juga boleh mengikuti Kursus Asas Rangkaian Komputer. Kami bercadang untuk mengadakan kursus ini dalam masa terdekat. Hubungi kami sekarang untuk memastikan anda mendapat tempat didalam kursus ini.

... bersambung

https://www.facebook.com/kursuskomputerselangor/
http://kursuskomputerselangor.blogspot.my/

Monday 3 October 2016

Apa itu rangkaian komputer (network)?

Rangkaian komputer (computer network) ialah sekumpulan dua atau lebih komputer yang dihubungkan bersama.
Terdapat banyak jenis rangkaian komputer (computer network. Contohnya;

1. Local Area Network (LAN): Rangkaian setempat: Sekumpulan komputer yang terletak berhampiran (contoh dalam bangunan yang sama, di rumah ataupun di pejabat)

2. Wide Area Network (WAN)
3. Campus Area Network (CAN)
4. Metropolitan Area Network (MAN)
5. Home Area Network (HAN

Kursus Komputer di Bangi, Selangor

Salam sejahtera,

Anda berminat untuk mempelajari komputer? Bidang apa yang anda minati? Rangkaian komputer (networking)? Pengaturcaraan (programming)? Keselamatan Komputer (computer security)?

Tinggalkan komen anda dibawah. Kami akan menyediakan kursus yang anda minati :)

http://kursuskomputerselangor.blogspot.my
https://www.facebook.com/kursuskomputerselangor/
https://www.facebook.com/kursuskomputerselangor/posts/309607919413770