Friday 24 February 2017

Bagaimana Wireshark dapat membantu proses troubleshooting web application?



Dalam contoh ini, kita dapat lihat client PC02 telah membuat HTTP Request ke server PC01 melalui applikasi curl iaitu sebagai client.

Sekiranya kita melihat nginx web server access log, kita hanya dapat melihat log yang amat terhad iaitu HTTP GET Request sahaja.

Ini adalah contoh traffic yang normal. Bagaimana pula sekiranya client membuat request kepada web server tetapi langsung tiada log didalam web server access log?

Disinilah Wireshark memainkan peranannya dimana bukan sahaja HTTP GET Request yang direkodkan, malahan kita juga dapat melihat kesemua proses yang berlaku disebalik tabir termasuklah ARP Request dan diikuti dengan TCP 3 Way Handshake.

Kita jumpa Sabtu ini, 25 Feb 2017 untuk penerangan selanjutnya

*Trainer berpengalaman 15 tahun dalam bidang ini dan pernah bertugas di sektor awam dan juga swasta termasuklah beberapa big O&G company (top fortune companies) yang boleh kita nampak kalau nak isi minyak motor/kereta.

https://www.facebook.com/events/1635802116725451/

Tuesday 14 February 2017


Alamat Protokol Internet (IP Address) diwakili dalam bentuk dotted-decimal iaitu asas nombor sepuluh (decimal) yang dibahagikan kepada 4 bahagian dan dipisahkan dengan titik.

Diantara contoh bentuk IP Address yang biasa kita lihat ialah 192.168.0.1 atau 172.16.254.1

Setiap bahagian ini mewakili 1 byte.
1 byte bersamaan 8 bits.

Oleh itu, 4 bahagian IP Address ini sama dengan 4-byte atau 32-bit.

Ulangkaji:
1 byte = 8 bits
4 bahagian IP Address = 1 byte x 4 = 4 bytes
4 bahagian IP Address = 8 bits x 4 = 32 bits

Monday 13 February 2017

Paket-paket tidak pernah menipu (Packets never lie) Episod 2




Paket-paket tidak pernah menipu (Packets never lie)
Episod 2 (Warda, hping, dan RST)
Oleh KursusKomputerSelangor

Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Ejaz, Warda meneruskan lagi dengan ujian hping.
"Aku hantar SYN flag ke TCP port 8080, tapi kenapa server intranet tu balas dengan RST, seolah-olah ia tak mahu berkomunikasi dengan komputerku"

Warda tahu yang server intranet tersebut turut mempunyai servis SSH. Beliau kemudiannya membuat ujian seterusnya dengan menghantar lagi SYN flag packet, tapi kali ni ke TCP port 22.
"Hmm, kali ni server ni ACKnowledge SYN packet yang aku hantar tadi. Sahlah server ni ada problem"

Apakah kesudahan kisah ini? Apakah yang akan dilakukan oleh Warda? Nantikan sambungannya ...

Sunday 12 February 2017

Protocol Rangkaian (Network Protocol)


Rangkaian komputer pada hari ini terdiri daripada pelbagai jenis sistem diatas platform yang berbeza.

Contohnya kita ada notebook yang menggunakan Sistem Operasi (OS) Microsoft Windows, Mac OS, dan Linux.

Bagaimanakah komunikasi diantara sistem ini boleh berlaku meskipun mereka amat berbeza dari segala segi?

Sama seperti manusia yang berbilang bangsa dari pelbagai lokasi, komunikasi boleh berlaku sekiranya kedua-dua pihak menggunakan bahasa sama yang boleh difahami oleh kedua-dia pihak.

Didalam sistem rangkaian, "1 bahasa" ini dikenali sebagai protokol rangkaian (network protocol).

Diantara contoh network protocol yang telah kita bincangkan sebelum ini adalah seperti TCP, IP, ARP, FTP, HTTP dan DHCP.

Paket-paket tidak pernah menipu (Packets never lie)
Episod 1
Oleh KursusKomputerSelangor

Pada pagi Isnin yang syahdu, Warda yang merupakan Security Analyst sebuah syarikat penerbangan tambang murah telah melaporkan bahawa sistem intranet syarikat tidak dapat dicapai.

Warda berkali-kali mencuba dengan web browser kegemarannya iaitu lynx namun masih gagal.

Warda juga turut melaksanakan ujian ping, ianya berjaya. "Hmm, pelik. Server ni up, tapi servis untuk intranet down", bisik Warda didalam hati.

Beliau segara malaporkan perkara itu kepada Ejaz, System Admin yang bertanggungjawab menjaga sistem tersebut.

"Ah! Pandai-pandai je kamu ye Warda. Sistem yang aku jaga tak pernah down tau", balas Ejaz dengan angkuhnya.

Apakah kesudahan kisah ini? Apakah yang akan dilakukan oleh Warda? Nantikan sambungannya ...

(Kisah ini adalah rekaan semata2 tiada kaitan dengan yg hidup ataupun tidak)