Wednesday 11 April 2018


Pada bulan Mei 1974, Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik / Institute of Electrical and Electronic Engineers (IEEE) telah menerbitkan kertas kajian bertajuk "A Protocol for Intercommunication Network Packet".

Penulis kajian ini, Vint Cerf dan Bob Kahn, menggambarkan protokol internetworking untuk berkongsi sumber menggunakan "packet switching" diantara nod rangkaian.

Protokol Internet / Internet Protocol (IP) merupakan salah satu komponen didalam kajian ini.

IP adalah protokol komunikasi utama dalam suite protokol Internet (Internet protocol suite) untuk menyampaikan paket di seluruh sempadan rangkaian.

Fungsi penghalaannya (routing) membolehkan internetworking, yakni pada asasnya mewujudkan Internet.

IP mempunyai tugas menyampaikan paket dari host sumber (source host) ke host destinasi (destination host) dengan merujuk kepada alamat IP dalam tajuk paket (packet headers) semata-mata.

Untuk tujuan ini, IP menetapkan struktur paket yang membaluti (encapsulate) data yang akan dihantar.

Rajah di bawah menunjukkan IPv4 Header iaitu maklumat khas (header) pada permulaan paket IP yang mengandungi maklumat mengenai versi IP, alamat IP sumber, alamat IP destinasi, masa untuk hidup, dan lain-lain.

Akan tetapi ketika fasa awal reka bentuk ARPANET dan Internet, aspek keselamatan, keperluan rangkaian awam, dan antarabangsa tidak dapat dijangkakan secukupnya.

Akibatnya, banyak protokol Internet mula menunjukkan kelemahan/kerentanan (vulnerabilities) yang diserlahkan oleh serangan rangkaian (network attacks) dan ketika penilaian keselamatan dijalankan.

Tahukah anda apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah kelemahan IPv4?

Jika and berminat untuk belajar dengan lebih lanjut lagi secara hands-on, sertai Kursus Asas Linux Networking pada 28 April 2018 ini. Trainer berpengalaman lebih 16 tahun dalam bidang ini.
Daftar segera!!! Tempat adalah terhad.
https://www.facebook.com/events/188123388632843/

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment