Monday 2 April 2018

20 tahun yang lepas, Fyodor Vaskovich atau nama sebenarnya Gordon Lyon telah membangunkan pengimbas keselamatan rangkaian (network security scanner) yang dikenali sebagai Nmap (Network Mapper) untuk mengesan komputer dan perkhidmatan (discover hosts and services) pada rangkaian komputer, seterusnya membina "peta" topologi rangkaian tersebut.

Ia pertama kali dikeluarkan dalam majalah Phrack Issue 51, Artikel 11 pada tanggal 1 September 1997.

Ketika itu, ia tidak mempunyai nombor versi kerana versi seterusnya langsung tidak dirancang.

Kod asal nmap mempunyai kira-kira 2,000 baris panjang sahaja, dan kompilasi adalah semudah "gcc -O6 -o nmap nmap.c -lm."
Diantara fungsi yang disokong oleh nmap pada ketika itu ialah:

- vanilla TCP connect() scanning
- TCP SYN (half open) scanning
- TCP FIN (stealth) scanning
- TCP ftp proxy (bounce attack) scanning
- SYN/FIN scanning using IP fragments (bypasses packet filters)
- UDP recvfrom() scanning
- UDP raw ICMP port unreachable scanning
- ICMP scanning (ping-sweep)
- reverse-ident scanning.

Memandangkan sambutan yang diterima amat memberangsangkan, versi seterusnya (1.25) dikeluarkan hanya 5 hari selepas itu!!!

Tahukah anda saiz tarbal gzip ketika itu (5 September 1997) hanyalah sebesar 28KB sahaja!!

Versi 1.26 yang bersaiz 48KB pula dikeluarkan 19 hari kemudian!

Pada hari ini, nmap masih aktif dibangunkan dengan pelbagai bahasa pengaturcaraan seperti C, C++, Python, dan Lua.

Ketika artikel ini ditulis, versi terbaru ialah nmap-7.70 dan ianya boleh digunakan pada pelbagai platform (cross-platform) termasuklah Windows, Linux, FreeBSD, OpenBSD, NetBSD, macOS, Sun Solaris, Amiga, dan HP-UX.

Adakah anda turut menggunakan Nmap?

Jika ya, adakah anda memahami konsep disebalik teknik-teknik pengimbasan yang digunakan dalam Nmap seperti TCP Connect, TCP Syn dan lain-lain?

Untuk memahami setiap teknik ini, pengetahuan asas didalam rangkaian komputer amatlah penting.

Berita baiknya, kami akan mengadakan Kursus Asas Linux Networking pada 28 April 2018 ini. Daftar segera!!!
https://www.facebook.com/events/188123388632843/

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

https://www.facebook.com/kursuskomputerselangor/photos/a.562201564154403.1073741865.309602412747654/562201594154400/

No comments:

Post a Comment