Friday 29 September 2017

Kursus Asas Pengaturcaraan PHP & MySQL (Tahap 1)


✅ Kursus Asas Pengaturcaraan PHP & MySQL
(Fundamentals of PHP Programming & MySQL)

πŸ“’ Course Outline

✔️ PHP Hypertext Preprocessor

1️⃣ Setup Environment
- Apache
- PHP
- MySQL (MariaDB)
- Editor (Sublimetext)

2️⃣ HTML
- Pengenalan
- Struktur HTML
- Tags & Attribute
- Text Formatting
- Style
- Comments
- Table
- Form
- Inputs
- List
- CSS

3️⃣ PHP
- Dinamik HTML
- Sintaks asas
- Variable
— Global
— Static
- Constant
- Output
- If else
- For loop
- Function
- Array
— Indexed
— Associative
— Multidimensional
- POST & GET Method
— Memanipulasi POST method
— Memanipulasi GET method
— Kumpulkan data dari form
- Sambung ke Pangkalan data
— Jalankan MySQL Query
— Ambil data
— Proses data

4️⃣ MySQL
- Pengenalan MySQL
- Create Database
- Create Table
- Insert
- Select
- Delete
- Update

Daftar Sekarang, tempat adalah terhad
https://goo.gl/forms/nuRROZNKtzCbWxjS2

😊 Kepada yang telah mendaftar tetapi belum berkesempatan untuk menghadiri kursus ini, kami akan menghantar email kepada anda.

😎 Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

Friday 15 September 2017

Kursus Asas Linux dan Rangkaian Komputer, 23 September 2017


πŸ€” Bila?
πŸ•˜ Sabtu, 23 September 2017
πŸ€” Di mana?
πŸ‡²πŸ‡Ύ Kuala Lumpur
πŸ‘‡πŸΌ Maklumat lanjut. Daftar segera, tempat adalah terhad
😊 Tenaga pengajar berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang ini dan pernah bertugas di sektor awam dan juga swasta termasuklah beberapa syarikat gergasi minyak O&G dan MNC (top fortune companies).

Thursday 14 September 2017

Linux dan Memori Bahagian 1


Terdapat beberapa arahan (command) yang boleh digunakan untuk menyemak penggunaan memori pada Linux.

Dengan itu, kita dapat mengetahui berapa banyak memori yang digunakan oleh setiap proses (process).

Ini penting supaya memori yang tersedia cukup untuk menampung keperluan sesuatu aplikasi/program.

Jika tidak, pastinya akan berlaku masalah lantaran memori yang tidak mencukupi.

Komputer akan menjadi perlahan, dan perkhidmatan/servis yang ditawarkan tidak dapat dicapai.

✅ Mari kita lihat contoh pertama arahan yang boleh digunakan iaitu `free`.

πŸ€” Apa yang dapat anda jelaskan daripada output arahan ini?

πŸ€” Apa perbezaan arahan pertama dan kedua?

πŸ€” Berapakah jumlah memori pada sistem ini?

πŸ€” Berapa pula yang sedang digunakan?

πŸ€” Apakah arahan lain yang boleh digunakan menyemak penggunaan memori?

😎 Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

😭 "Saya ada masalah, saya langsung tak faham"

πŸ€” Ingin belajar lebih lanjut lagi secara hands-on?

Ingin memperbaiki diri?

Hanya anda sahaja ada jawapannya.

πŸ€— Kami bersedia membantu dengan mengadakan kursus Asas Linux dan Rangkaian Komputer pada hari Sabtu, 23 September 2017 ini.

πŸ“£ Diskaun 10% akan berakhir esok!!!

✅ Daftar segera sebelum terlambat, tempat terhad

https://www.facebook.com/events/500656553627815

Tuesday 12 September 2017

Alamat IP dan Linux Bahagian 2


Dalam contoh yang lepas, kita telah lihat bagaimana arahan `ifconfig` digunakan untuk menukar tetapan alamat IP.

Pada kali ini, kita akan lihat satu lagi utiliti yang lebih baru iaitu `ip`.

Kedua-dua arahan ini penting untuk dikuasai kerana sesetengah sistem yang lama hanya mempunyai `ifconfig` dan tiada utiliti `ip`.

Manakala sesetengah Sistem Operasi yang terkini hanya mempunyai utiliti `ip` sahaja.

Utiliti `ip` ini bukan sahaja boleh menukar alamat IP, malahan banyak lagi tugasan yang tidak boleh dilakukannya oleh `ifconfig`, tapi boleh dilaksanakan oleh `ip` seperti menyemak dan menukar routing table.

Sebelum kita lihat dengan lebih lanjut lagi akan kemampuan utiliti `ip` ini, mari kita bandingkan saiz kedua-dua utiliti ini.

😱 Perhatikan `ifconfig` hanya bersaiz 67K, manakala `ip` 5 kali ganda lebih besar iaitu 368K.

πŸ’ͺ🏼 Ini kerana arahan `ip` mempunyai lebih banyak fungsi berbanding `ifconfig`.

πŸ‘‡πŸΌ Dalam contoh di bawah, interface enp0s8 akan digunakan manakala alamat IP akan ditetapkan kepada 1.3.3.7.

Untuk menyemak alamat IP, gunakan arahan berikut:
✅ `ip addr/link show enp0s8`
atau bersamaan
☑️ `ifconfig enp0s8`

Perhatikan status interface enp0s8 adalah DOWN.

Untuk menghidupkannya, gunakan arahan berikut:
✅ `sudo ip link set enp0s8 up`
atau bersamaan
☑️ `sudo ifconfig enp0s8 up`

Kemudian semak semula status interface dengan arahan:
✅ `ip addr/link show enp0s8`

Perhatikan status telah bertukar kepada UP.

Namun begitu, tiada maklumat alamat IP kerana kita masih belum menetapkannya lagi.

Tetapkan alamat IP dengan arahan berikut:
✅ `sudo ip address add 1.3.3.7 dev enp0s8`
atau bersamaan
☑️ `sudo ifconfig enp0s8 1.3.3.7`

Semak kembali dengan arahan `ifconfig enp0s8` atau `ip addr show enp0s8`

πŸ€— Tahniah, anda telah berjaya menetapkan alamat IP pada Sistem Operasi Linux dengan menggunakan kedua-dua arahan `ifconfig` dan `ip`.

πŸ€” Uji minda: Adakah tetapan alamat IP dengan kaedah ini kekal selama-lamanya?

πŸ€” Apa akan terjadi sekiranya host ini dihidupkan semula (restart/reboot)?

😎 Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

Alamat IP dan Linux Bahagian 1



ifconfig: Tukar dan Semak Alamat IP dengan mudah

πŸ€” Tahukah anda Alamat IP (IP Address) boleh ditukar dengan begitu mudah sekali didalam Sistem Operasi Linux dengan menggunakan arahan ifconfig seperti berikut?

✅ ifconfig <interface> <Alamat IP>

Contohnya:
πŸ‘‰πŸΌ ifconfig eth0 10.0.0.1

πŸ‘†πŸΌ Sekiranya Subnet Mask tidak dinyatakan seperti contoh di atas, ianya akan ditetapkan secara automatik mengikut kelas alamat IP tersebut.

πŸ‘‡πŸΌ Mari kita tengok contoh kelas A, B dan C

Kelas A: 10.0.0.0/8 (255.0.0.0)
Kelas B: 172.16.0.0/12 (255.240.0.0)
Kelas C: 192.168.0.0/16 (255.255.0.0)

Alamat IP 10.0.0.1 termasuk didalam kelas A. Oleh itu, default subnet class ialah 255.0.0.0.

Mari kita semak adakah teori ini benar dengan menggunakan arahan ifconfig eth0.

πŸ‘‡πŸΌ Sila rujuk contoh dalam gambar di bawah.

Ya, seperti yang telah dijangkakan, subnet mask bagi alamat IP 10.0.0.1 ialah 255.0.0.0.

Sekiranya subnet yang digunakan berbeza, tambahkan arahan <netmask> diikuti subnet yang ingin digunakan.

✅ ifconfig <interface> <Alamat IP> netmask <Subnet Mask>

Contohnya:
πŸ‘‰πŸΌ ifconfig eth0 10.0.0.1 netmask 255.255.255.252

Semak kembali dengan menggunakan arahan ifconfig eth0.

Perhatikan kali ini subnet bukan lagi 255.0.0.0, tetapi 255.255.255.252 seperti yang telah kita tetapkan secara manual dalam arahan ifconfig.

Salah satu kelebihan konfigurasi yang menggunakan command line dan bukannya GUI ialah ianya amat mudah dimanipulasikan ke dalam script.

πŸ€” Bagaimana pula dengan Sistem Operasi Microsoft Windows?

πŸ€” Bagaimana anda menukar konfigurasi Alamat IP?

πŸ€” Bolehkah ianya ditukar dengan menggunakan command line?

😎 Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

πŸ“£ Pengumuman
πŸ€” Ingin belajar lebih lanjut lagi secara hands-on?

πŸ€— Kami dengan sukacitanya akan mengadakan kursus Asas Linux dan Rangkaian Komputer pada hari Sabtu, 23 September 2017 ini.

πŸ™‹πŸΌ‍ Sertai kami sekarang. Tempat adalah terhad. πŸ‘‡πŸΌπŸ˜Š
https://www.facebook.com/events/500656553627815

Thursday 7 September 2017

Linux di mana-mana


πŸ€” Tahukah anda Sistem Operasi Linux terdapat di mana-mana sahaja?

πŸ€” Anda mungkin sedang menggunakan peranti yang dikuasi oleh Sistem Operasi Linux tanpa menyedarinya.

πŸ€— Boleh jadi, anda sedang membaca post ini melalui telefon pintar yang dikuasi oleh Sistem Operasi Android.

✅ Benar, Android merupakan Sistem Operasi Mobil yang telah dibangunkan oleh Google berasaskan kernel Linux.

πŸ€” Sistem Operasi Linux juga boleh berada di tempat yang tidak anda sangka-sangka.

😱 Boleh jadi, ianya sedang berada jauh nun di angkasa menjalani misi angkasa lepas menerokai planet Marikh melalui agensi NASA.

😱 Boleh jadi, ianya berada di lautan Hindi (Indian Ocean) yang dalam untuk mengesan aktiviti tsunami.

πŸ‘‡πŸΌ Dan pelbagai lagi lokasi yang mungkin anda tidak pernah terfikirkan. Sila rujuk gambar di bawah.

πŸ’ͺ🏼 Peranti-peranti yang dikuasai oleh Linux OS ini pula berkomunikasi dengan peranti-peranti yang lain melalui rangkaian komputer.

πŸ€” Tahukah anda bagaimana rangkaian komputer yang kompleks ini di bina?

πŸ€” Mahukah anda menjadi salah seorang yang mempunyai pengetahuan untuk membinanya?

😊 Menyedari kepentingan kedua-dua aspek teknologi ini, kami dengan sukacitanya akan mengadakan kursus Asas Linux dan Rangkaian Komputer pada hari Sabtu, 23 September 2017 ini.

πŸ‘‡πŸΌ Sertai kami sekarang. Tempat adalah terhad.
https://www.facebook.com/events/500656553627815

😎 Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah