Thursday 29 March 2018

Cisco Packet Tracer merupakan alat simulasi visual (visual simulation tool) rentas platform (cross-platform) yang dibangunkan oleh Cisco Systems untuk membolehkan pengguna mereka dan membuat topologi rangkaian (network topologies) bagi meniru rangkaian komputer moden.

Didalam bidang komputer, perisian silang/rentas platform (juga perisian berbilang platform atau perisian bebas platform) adalah perisian komputer yang boleh dilaksanakan pada pelbagai platform pengkomputeran.

Contohnya, aplikasi silang platform boleh dijalankan pada pada seni bina x86 yang menggunakan Sistem Operasi Microsoft Windows atau Linux ataupun macOS sama ada pada sistem Apple Macintosh yang berasaskan PowerPC atau x86.

Program silang platform mungkin boleh berjalan pada semua platform yang ada, atau hanya dengan dua platform.

Ketika artikel ini ditulis, versi terbaru 7.1.1 hanya menyokong Linux 64 bit dan Microsoft Windows 32 & 64 bit sahaja.

Cisco Packet Tracer ini membolehkan pengguna untuk mensimulasikan konfigurasi router dan switch Cisco menggunakan simulasi antara muka baris (simulated command line interface).

Ia menggunakan antara muka pengguna seret dan lepas (drag and drop), yang membolehkan pengguna menambah dan mengeluarkan peranti rangkaian yang disimulasikan dengan sesuka hati.

Fokus utama perisian ini adalah untuk membantu pelajar Akademi Bersekutu Cisco Network Associate sebagai alat pendidikan untuk membantu mereka mempelajari konsep asas CCNA (Cisco Certified Network Associate).

Jika anda merancang untuk mempelajari atau menguji rangkaian komputer dengan menggunakan peranti Cisco, Packet Tracer adalah salah satu pilihan yang tepat.

Jika dahulu hanya pelajar berdaftar dalam program Akademi CCNA sahaja boleh mememuat turun dan menggunakan alat ini secara percuma untuk kegunaan pendidikan.

Namun begitu sejak Ogos 2017, versi 7.1 adalah percuma kepada semua.

Rajah menunjukkan bagimana Abdelmoutalib Taif, seorang pelajar Rangkaian Komputer dari Morocco telah menggunakan Packet Tracer untuk mencuba pelbagai teknologi rangkaian seperti OSPF, EIGRP, RIPv2, RIP, BGP dan banyak lagi dengan menggunakan peranti Cisco.

Akan tetapi sekiranya anda ingin memasang rangkaian dengan menggunakan perisian sumber terbuka seperti Linux seperti yang akan kita lakukan pada kelas 28 April 2018, Packet Tracer bukan jawapannya kerana ianya terhad kepada apa yang telah disediakan oleh pihak Cisco sahaja.
https://www.facebook.com/events/188123388632843/

Tahukah anda kenapa Linux menjadi pilihan?

Adakah anda turut menggunakan Cisco Packet Tracer?

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

https://www.facebook.com/kursuskomputerselangor/photos/a.422770511430843.1073741846.309602412747654/560296721011554/

1 comment:

  1. Encik tahu tak cara nak konfigurasi switch sebenar
    Encik ade buat kursus tak

    ReplyDelete