Wednesday 21 March 2018

Python adalah bahasa pengaturcaraan aras tinggi (high-level programming language), dengan aplikasi dalam pelbagai bidang, termasuk pengaturcaraan web, skrip (scripting), pengkomputeran saintifik (scientific computing), dan kecerdasan buatan (artificial intelligence).

Dicipta oleh Guido van Rossum dan pertama kali diperkenalkan pada 20 February 1991, Python mempunyai falsafah reka bentuk yang menekankan kebolehbacaan kod (code readability), dan sintaks (syntax) yang membolehkan para pengaturcara mengekspresikan konsep dalam barisan kod yang lebih pendek, terutamanya menggunakan ruang kosong (whitespace).

Meskipun ia telah diperkenalkan sejak 27 tahun dahulu, ianya sangat popular dan turut digunakan secara meluas oleh organisasi besar seperti Google, NASA, CIA, dan Disney.

Jika anda baru sahaja ingin bermula dengan pengaturcaraan, Python adalah antara bahasa yang dicadangkan kerana sintaksnya yang mudah dan penggunaannya yang meluas.

Python merupakan interpreted language iaitu bahasa pengaturcaraan yang ditafsirkan ketika pelaksanaannya secara langsung tanpa perlu membuat kompilasi yang akan menterjemahkan kepada arahan bahasa mesin (machine-language instructions).

Penterjemah (interpreter) menjalankan program secara langsung, menerjemahkan setiap pernyataan ke dalam urutan satu atau lebih subrutin yang telah disusun menjadi kod mesin.

Interpreted language seperti Python berbeza dengan compiled language seperti C.

Untuk menjalankan aplikasi didalam bahasa pengaturcaraan C, ia perlu dikompil dahulu sebelum boleh digunakan.

Adakah anda turut menggunakan Python.
Jika ya, kenapa anda memilih Python?
Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment