Sunday 25 March 2018

".htaccess" (hypertext access) adalah fail konfigurasi untuk digunakan pada pelayan web (web servers) yang menggunakan perisian Apache Web Server.

 Tujuan fail ".htaccess" adalah untuk membolehkan pengguna yang tidak dapat mengubah suai fail konfigurasi utama (biasanya httpd.conf) untuk mengkonfigurasi Apache.

Apabila fail ".htaccess" diletakkan dalam direktori yang kemudiannya dimuatkan melalui Pelayan Web Apache, fail ".htaccess" akan dikesan dan dilaksanakan oleh perisian Apache Web Server.

Apa yang menarik mengenai fail ".htaccess" ini ialah ianya boleh digunakan untuk mengubah konfigurasi perisian Apache Web Server untuk membolehkan (enable) / melumpuhkan (disable) fungsi dan ciri tambahan yang ditawarkan oleh perisian Apache Web Server.

Ini termasuklah fungsi peralihan asas (basic redirect), misalnya jika ralat fail 404 tidak dijumpai (404 file not found) berlaku, atau untuk fungsi yang lebih maju seperti perlindungan kandungan dengan menggunakan kata laluan atau pencegahan pautan panas imej (image hot link prevention).

".htaccess" adalah nama fail sepenuhnya, ia bukannya lanjutan fail (file extension).

Sebagai contoh, anda tidak akan membuat fail yang dipanggil, "fail.htaccess", ia hanya dipanggil, ".htaccess".

Fail ini akan berkuatkuasa/aktif apabila diletakkan di mana-mana direktori yang kemudiannya dimuatkan melalui perisian Apache Web Server.

Bukan setakat direktori utama, malah semua fail dan subdirektori dalam direktori yang ditentukan juga akan terkesan oleh fail ".htaccess" ini.

Adakah anda turut menggunakan ".htaccess"?
Jika ya, apakah tujuan anda menggunakannya?
Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment