Friday 23 March 2018

Sekarang, anda telah mengetahui apa itu bahasa pengaturcaraan Python dan sejarah ringkasnya.

Seterusnya, bagaimana untuk bermula?

Ada boleh mencuba online Python interpreter terlebih dahulu atau terus memasangnya pada komputer anda.

Terdapat 2 versi Python yang masih digunakan iaitu 2.x dan 3.x.

Kod yang ditulis untuk Python 3.x dijamin berfungsi dalam semua versi masa hadapan.

Ketika artikel ini ditulis, versi terkini adalah 3.6.4 dan 2.7.14.

Sekiranya anda baru bermula, Python versi 3.x dicadangkan kecuali anda mempunyai sebab yang kukuh untuk menggunakan versi 2.x.

Bagi sistem operasi Linux dan Mac, Python telah pun siap dipasang.

Untuk menyemak versi Python ini, buka terminal (command line) dan taip arahan `python --version` atau `python -V` atau `py -V`

Jika ia belum dipasang, Python boleh dimuat turun pada halaman berikut: https://www.python.org/downloads/

Perhatikan laman web Python akan mengesan sistem operasi komputer anda secara automatik.

Dalam kes ini, kami menggunakan komputer dengan sistem operasi Windows sebagai contoh.

Cara pemasangannya pula sama sahaja seperti perisian yang lain. Next, next, next dan siap.

Selamat mencuba

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment