Sunday 25 March 2018

Sudahkah anda memasang perisian Python seperti yang telah diterangkan dalam post sebelum ini?

Jika ya, mari kita bermula dengan kod Python yang pertama.

Python mempunyai dua mod asas: skrip dan interaktif.

Mod biasa ialah mod dimana skrip ditulis dalam fail yang berakhir dengan extension .py dan akan dijalankan dalam interpreter Python.

Contohnya;
python NamaSkrip.py

Mod interaktif pula ialah command line shell yang akan memberikan maklum balas serta-merta untuk setiap arahan Python yang dimasukkan manakala arahan yang terdahulu akan disimpan didalam memori.

Mod interaktif adalah cara yang terbaik untuk menguji variasi sintaks.

Untuk menggunakan mod interaktif ini, buka terminal dan taip "python" pada Sistem Operasi MacOS atau Linux.

Untuk Windows pula, buka "command prompt" dan taip "py" atau "python".

Anda juga boleh memulakan sesi Python interaktif dengan memilih "Python (command prompt)", "IDLE", atau program yang sewaktu dengannya dari menu Windows. (Rujuk gambar 1)

IDLE (Integrated DeveLopment Environment) merupakan Python GUI yang merangkumi kedua-dua pilihan mod interaktif dan juga pilihan untuk mengedit dan melaksanakan fail .py

Simbol ">>>" merupakan cara Python memberitahu bahawa anda sedang berada dalam mod interaktif.

Dalam mod interaktif, apa yang anda taip akan segera dilancarkan.

Cuba taipkan 2 + 3 dan Python akan bertindak balas dengan 5 seperti contoh didalam gambar.

Mod interaktif membolehkan anda menguji dan melihat apa yang Python akan lakukan.

Sekiranya anda merasa perlu menggunakan pernyataan Python yang baru, lancarkan sahaja mod interaktif dan bermain-mainlah dengannya.

Keterangan Gambar:

1. Pelbagai pilihan untuk melancarkan aplikasi Python didalam Sistem Operasi Windows
2. IDLE (interactive environment untuk Python 3.6)
3. Python 3.6 interpreter
4. Kod Python yang disimpan didalam fail salam.py
5. Beberapa cara berbeza untuk menggunakan Python

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment