Thursday 31 August 2017

Malaysia: Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 60


🇲🇾 Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 60.

🇲🇾 Mari kita sama-sama menghayati perjuangan mereka yang terdahulu. Ada diantara mereka telah kehilangan nyawa dalam mencapai matlamat kemerdekaan daripada penjajah.

🇲🇾 Bagaimana pula kita meneruskan perjuangan mereka ini?

🇲🇾 Setiap orang mempunyai matlamat hidup yang berbeza.

🇲🇾 Contohnya, kemerdekaan dari segi kewangan. Bermaksud anda tidak perlu risau lagi mengenai kewangan kerana wang yang akan bekerja untuk anda dan bukan sebaliknya.

🇲🇾 Salah satu jalan untuk mencapai kebebasan kewangan (financial freedom) adalah dengan menjadi pakar dalam sesuatu bidang tidak kira apa jua bidang anda samada IT, Kewangan, Hartanah, Perubatan dan sebagainya. Malah, anda juga boleh jadi pakar dalam lebih dari satu bidang!

🇲🇾 Ingat, lebih pakar anda dalam sesuatu bidang, lebih mahal harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan perkhidmatan anda.

🇲🇾 Sebelum menjadi pakar, anda memerlukan ilmu. Ilmu yang berguna, ilmu yang bermanfaat.

🇲🇾 Untuk memperolehi ilmu, anda sendirilah yang perlu berusaha untuk mencarinya dan bukannya menunggu ilmu tersebut datang bergolek.

🇲🇾 Ilmu boleh diperolehi dengan pelbagai cara, samada dengan berguru secara langsung atau merujuk kepada kitab-kitab yang ada yang ditulis oleh guru-guru.

🇲🇾 Pada zaman yang serba moden ini, pelbagai ilmu boleh diperolehi dengan mudah termasuklah melalui facebook.

🇲🇾 Justeru itu, kami telah mengambil inisiatif untuk membantu dengan perkongsian pelbagai ilmu komputer yang bermanfaat di https://www.facebook.com/KursusKomputerSelangor/

🇲🇾 Ilmu juga boleh diperolehi dengan pemerhatian. Lihat sahaja alam ini, renung dan fikirkanlah akan keajaiban yang telah dicipta oleh Yang Maha Esa. Telah banyak bukti-bukti yang telah disebut berulang-ulang kali didalam Al-Quran.

🇲🇾 Hari ini hari merdeka. Akan tetapi yang lebih penting ialah kemerdekaan dari api neraka. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari azab api neraka.

🇲🇾 Selamat Hari Merdeka ke-60
🇲🇾 Negaraku Sehati Sejiwa

😎 Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah

No comments:

Post a Comment