Tuesday 29 August 2017

Usah malu untuk belajar dari asas, kerana disitulah semua orang bermula






👍🏼 Satu perkembangan yang amat baik apabila mendapati ramai ingin mempelajari dan menguasai sesuatu bidang.

🤔 Akan tetapi, kekurangan pengetahuan asas menyebabkan sukar bagi mereka untuk pergi lebih jauh.

Contohnya, analisa paket (packet analysis) memerlukan pengetahuan yang baik dalam bidang rangkaian dan protokol yang berkenaan.

Itulah sebabnya ramai yang cuba menganalisa paket dengan membuka fail pcap tersebut di dalam packet analyzer seperti Wireshark, akan tetapi tidak memahami apa yang berlaku, apatah lagi untuk mengesan dan menyelesaikan masalah tersebut.

Perkara yang sama dalam bidang keselamatan laman web, ramai berminat dalam bidang serangan (offensive), tetapi tidak mengetahui bagaimana senibina sesuatu laman sesawang (Web Architecture) dan bahasa pengaturcaraan yang digunakan.

Akibatnya, pengetahuan yang diperolehi adalah terhad dan sukar pergi lebih jauh dalam bidang ini.

Begitu juga dengan bidang kejuruteraan pembalikan (Reverse Engineering), pengetahuan dalam bidang pengaturcaraan aras tinggi dan rendah amat penting.

Sekiranya anda pernah terlibat dengan RE, anda pasti tahu kepentingannya bukan?

Menyedari hakikat ini, KursusKomputerSelangor telah mengambil inisiatif dengan menulis nota-nota ringkas yang dikongsikan melalui post Facebook dan Blog dari masa ke semasa.

Matlamat KursusKomputerSelangor ialah untuk berkongsi pengetahuan dalam bidang-bidang ini dalam bahasa yang ringkas supaya mudah difahami.

🇲🇾 Kami ingin melihat lebih ramai pakar-pakar IT dilahirkan di Malaysia. 

🇲🇾 Dengan lahirnya insan-insan yang berbakat ini, bukan setakat pendapatan individu tersebut akan bertambah, ekonomi negara kita pastinya berkembang dengan hebat lagi

🙁 Akan tetapi, perkongsian melalui Facebook adalah terbatas.

🤗 Untuk mengatasi masalah ini, kami dengan sukacitanya memaklumkan kelas seterusnya akan diadakan pada bulan hadapan.

😊 Kelas yang penuh dengan hands-on ini akan menawarkan penyertaan dari peserta dengan lebih aktif dan bukannya teori semata-mata.

Update
📣 Kursus Asas Linux dan Rangkaian Komputer

🤔 Bila?
🕘 Sabtu, 23 September 2017

🤔 Di mana?
🇲🇾 Kuala Lumpur

👇🏼 Maklumat lanjut
https://www.facebook.com/events/500656553627815

🏼 Daftar segera, tempat adalah terhad

#Keterangan_Gambar 👇🏼
😊 Supaya anda tidak mahu terlepas sebarang post-post terbaru dari kami, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Buka laman https://www.facebook.com/KursusKomputerSelangor/ daripada web browser anda.

2. Tekan butang "like"

3. Pilih "See first"

4. Tekan butang "Share" untuk berkongsi maklumat yang bermanfaat di page anda

5. Jemput rakan-rakan anda ke sini supaya mereka turut mendapat ilmu yang berguna

😎 Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah

No comments:

Post a Comment