Thursday 7 September 2017

Linux di mana-mana


🤔 Tahukah anda Sistem Operasi Linux terdapat di mana-mana sahaja?

🤔 Anda mungkin sedang menggunakan peranti yang dikuasi oleh Sistem Operasi Linux tanpa menyedarinya.

🤗 Boleh jadi, anda sedang membaca post ini melalui telefon pintar yang dikuasi oleh Sistem Operasi Android.

✅ Benar, Android merupakan Sistem Operasi Mobil yang telah dibangunkan oleh Google berasaskan kernel Linux.

🤔 Sistem Operasi Linux juga boleh berada di tempat yang tidak anda sangka-sangka.

😱 Boleh jadi, ianya sedang berada jauh nun di angkasa menjalani misi angkasa lepas menerokai planet Marikh melalui agensi NASA.

😱 Boleh jadi, ianya berada di lautan Hindi (Indian Ocean) yang dalam untuk mengesan aktiviti tsunami.

👇🏼 Dan pelbagai lagi lokasi yang mungkin anda tidak pernah terfikirkan. Sila rujuk gambar di bawah.

💪🏼 Peranti-peranti yang dikuasai oleh Linux OS ini pula berkomunikasi dengan peranti-peranti yang lain melalui rangkaian komputer.

🤔 Tahukah anda bagaimana rangkaian komputer yang kompleks ini di bina?

🤔 Mahukah anda menjadi salah seorang yang mempunyai pengetahuan untuk membinanya?

😊 Menyedari kepentingan kedua-dua aspek teknologi ini, kami dengan sukacitanya akan mengadakan kursus Asas Linux dan Rangkaian Komputer pada hari Sabtu, 23 September 2017 ini.

👇🏼 Sertai kami sekarang. Tempat adalah terhad.
https://www.facebook.com/events/500656553627815

😎 Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah

No comments:

Post a Comment