Sistem berasaskan Debian dan Ubuntu menggunakan arahan `service` untuk mengawal servis.
Perhatikan contoh dalam rajah di bawah.
Untuk menyemak status SSH server, gunakan arahan `service ssh status`.
Perhatikan status adalah "inactive (dead)"
Sekiranya ianya belum dihidupkan seperti dalam contoh ini, arahan `service ssh start` boleh digunakan.
Kemudian, semak kembali dengan arahan `service ssh status`.
Perhatikan statusnya telah bertukar kepada "active (running)"
Akan tetapi ianya hanyalah bersifat sementara. Sekiranya anda menghidupkan kembali (restart/reboot), ianya akan kembali pada status asal iaitu tidak dihidupkan (inactive/dead).
Bagaimana untuk memastikan ianya kekal walaupun selepas restart/reboot?
Disinilah arahan `update-rc.d`.memainkan peranannya.
Sebagai contoh:
`update-rc.d -f ssh enable 2 3 4 5`
Uji kembali sistem anda dengan reboot dan anda akan mendapati service ssh kekal aktif tanpa perlu dihidupkan secara manual.
Selamat mencuba.

No comments:
Post a Comment