Friday 25 August 2017

Isu keselamatan laman web di Malaysia

😱 Sejak kebelakangan ini, banyak laman web di Malaysia telah diserang dan dirosakkan termasuklah milik kerajaan (*.gov.my).

😱 Lihat sahaja statistik di bawah, sehingga hari ini, sebanyak 2,533 serangan ke atas laman web milik kerajaan 🇲🇾 (.gov.my) telah dilaporkan.

🤔 Itu yang dilaporkan, bagaimana pula serangan yang tidak dilaporkan?

Penceroboh telah memasuki laman-laman web tersebut secara tidak sah dan ada diantara mereka telah menconteng dan melakukan kerosakan pada laman web sedia ada (web defacement).

Sekiranya tidak berjaya, mereka akan cuba pula untuk menghalang servis web tersebut kepada orang awam dengan serangan DDoS.

Sebenarnya, perkara ini berlaku sepanjang masa. Namun begitu, bilangan serangan bertambah disebab beberapa perkara yang berlaku seperti isu politik, salah faham dan sebagainya.

Secara umumnya, laman-laman web tersebut telah berjaya dirosakkan kerana ianya mempunyai beberapa kelemahan.

Kelemahan tersebut kemudiannya dieskploitasikan oleh penceroboh yang memasuki kawasan terlarang yang dikhaskan untuk kegunaan pentadbir sistem walaupun tanpa memiliki ID yang sah.

Seterusnya, penceroboh akan mengubah kandungan asal laman web tersebut dan ada diantara mereka melakukan kerosakan yang lebih dasyat lagi.

🤔 Tahukah anda akan kelemahan-kelemahan tersebut?

🤔 Bagaimanakah cara untuk mengatasi kelemahan ini?

🤔 Apakah nama jenis dan teknik serangan yang dimaksudkan ini?

🤔 Apa pula yang dimaksudkan dengan kerosakan yang lebih dasyat itu?

😎 Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment