Tuesday 12 September 2017

Alamat IP dan Linux Bahagian 2


Dalam contoh yang lepas, kita telah lihat bagaimana arahan `ifconfig` digunakan untuk menukar tetapan alamat IP.

Pada kali ini, kita akan lihat satu lagi utiliti yang lebih baru iaitu `ip`.

Kedua-dua arahan ini penting untuk dikuasai kerana sesetengah sistem yang lama hanya mempunyai `ifconfig` dan tiada utiliti `ip`.

Manakala sesetengah Sistem Operasi yang terkini hanya mempunyai utiliti `ip` sahaja.

Utiliti `ip` ini bukan sahaja boleh menukar alamat IP, malahan banyak lagi tugasan yang tidak boleh dilakukannya oleh `ifconfig`, tapi boleh dilaksanakan oleh `ip` seperti menyemak dan menukar routing table.

Sebelum kita lihat dengan lebih lanjut lagi akan kemampuan utiliti `ip` ini, mari kita bandingkan saiz kedua-dua utiliti ini.

😱 Perhatikan `ifconfig` hanya bersaiz 67K, manakala `ip` 5 kali ganda lebih besar iaitu 368K.

💪🏼 Ini kerana arahan `ip` mempunyai lebih banyak fungsi berbanding `ifconfig`.

👇🏼 Dalam contoh di bawah, interface enp0s8 akan digunakan manakala alamat IP akan ditetapkan kepada 1.3.3.7.

Untuk menyemak alamat IP, gunakan arahan berikut:
✅ `ip addr/link show enp0s8`
atau bersamaan
☑️ `ifconfig enp0s8`

Perhatikan status interface enp0s8 adalah DOWN.

Untuk menghidupkannya, gunakan arahan berikut:
✅ `sudo ip link set enp0s8 up`
atau bersamaan
☑️ `sudo ifconfig enp0s8 up`

Kemudian semak semula status interface dengan arahan:
✅ `ip addr/link show enp0s8`

Perhatikan status telah bertukar kepada UP.

Namun begitu, tiada maklumat alamat IP kerana kita masih belum menetapkannya lagi.

Tetapkan alamat IP dengan arahan berikut:
✅ `sudo ip address add 1.3.3.7 dev enp0s8`
atau bersamaan
☑️ `sudo ifconfig enp0s8 1.3.3.7`

Semak kembali dengan arahan `ifconfig enp0s8` atau `ip addr show enp0s8`

🤗 Tahniah, anda telah berjaya menetapkan alamat IP pada Sistem Operasi Linux dengan menggunakan kedua-dua arahan `ifconfig` dan `ip`.

🤔 Uji minda: Adakah tetapan alamat IP dengan kaedah ini kekal selama-lamanya?

🤔 Apa akan terjadi sekiranya host ini dihidupkan semula (restart/reboot)?

😎 Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment