Tuesday 12 September 2017

Alamat IP dan Linux Bahagian 1



ifconfig: Tukar dan Semak Alamat IP dengan mudah

πŸ€” Tahukah anda Alamat IP (IP Address) boleh ditukar dengan begitu mudah sekali didalam Sistem Operasi Linux dengan menggunakan arahan ifconfig seperti berikut?

✅ ifconfig <interface> <Alamat IP>

Contohnya:
πŸ‘‰πŸΌ ifconfig eth0 10.0.0.1

πŸ‘†πŸΌ Sekiranya Subnet Mask tidak dinyatakan seperti contoh di atas, ianya akan ditetapkan secara automatik mengikut kelas alamat IP tersebut.

πŸ‘‡πŸΌ Mari kita tengok contoh kelas A, B dan C

Kelas A: 10.0.0.0/8 (255.0.0.0)
Kelas B: 172.16.0.0/12 (255.240.0.0)
Kelas C: 192.168.0.0/16 (255.255.0.0)

Alamat IP 10.0.0.1 termasuk didalam kelas A. Oleh itu, default subnet class ialah 255.0.0.0.

Mari kita semak adakah teori ini benar dengan menggunakan arahan ifconfig eth0.

πŸ‘‡πŸΌ Sila rujuk contoh dalam gambar di bawah.

Ya, seperti yang telah dijangkakan, subnet mask bagi alamat IP 10.0.0.1 ialah 255.0.0.0.

Sekiranya subnet yang digunakan berbeza, tambahkan arahan <netmask> diikuti subnet yang ingin digunakan.

✅ ifconfig <interface> <Alamat IP> netmask <Subnet Mask>

Contohnya:
πŸ‘‰πŸΌ ifconfig eth0 10.0.0.1 netmask 255.255.255.252

Semak kembali dengan menggunakan arahan ifconfig eth0.

Perhatikan kali ini subnet bukan lagi 255.0.0.0, tetapi 255.255.255.252 seperti yang telah kita tetapkan secara manual dalam arahan ifconfig.

Salah satu kelebihan konfigurasi yang menggunakan command line dan bukannya GUI ialah ianya amat mudah dimanipulasikan ke dalam script.

πŸ€” Bagaimana pula dengan Sistem Operasi Microsoft Windows?

πŸ€” Bagaimana anda menukar konfigurasi Alamat IP?

πŸ€” Bolehkah ianya ditukar dengan menggunakan command line?

😎 Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

πŸ“£ Pengumuman
πŸ€” Ingin belajar lebih lanjut lagi secara hands-on?

πŸ€— Kami dengan sukacitanya akan mengadakan kursus Asas Linux dan Rangkaian Komputer pada hari Sabtu, 23 September 2017 ini.

πŸ™‹πŸΌ‍ Sertai kami sekarang. Tempat adalah terhad. πŸ‘‡πŸΌπŸ˜Š
https://www.facebook.com/events/500656553627815

No comments:

Post a Comment