Showing posts with label awk. Show all posts
Showing posts with label awk. Show all posts

Friday, 1 December 2017

Carian menggunakan head, tail, grep, sed, awk



Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam buat Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Sebelum ini kita telah melihat contoh bagaimana utiliti `sed` boleh digunakan bukan sahaja untuk membuat carian, malah boleh menggantikan perkataan yang dicari dengan perkataan yang lain.
Kali ini, mari kita tengok contoh yang lebih ringkas bagaimana beberapa utiliti lain seperti head, tail, grep, sed, dan awk turut boleh digunakan untuk membuat carian dengan menggunakan kaedah yang berbeza.
Ini hanyalah beberapa contoh yang ringkas.
Utiliti-utiliti ini mampu melaksanakan carian yang lebih kompleks lagi.
Apakah contoh-contoh untuk membuat carian yang lain yang anda tahu dalam Sistem Operasi Linux?
Tinggalkan komen di bawah.
Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

Sunday, 25 June 2017

sed (Stream EDitor)


sed (Stream EDitor) merupakan utiliti Unix yang menganalisa dan mampu untuk menukar sesuatu teks/perkataan dengan teks yang lain (search and replace) menggunakan bahasa pengaturcaraan yang solid (compact).

sed telah dibangunkan dari tahun 1973 hingga 1974 oleh Lee E. McMahon daripada Bell Labs dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan C.

Utiliti sed ini berkembang daripada utiliti grep (Globally search a Regular Expression and Print) yang popular ketika itu.

Fungsi utama grep ialah melakukan carian dengan sokongan "regular expression" dan memaparkan hasilnya.

sed bukan sahaja dapat melakukan carian, malah ia juga dapat membuat penggantian teks secara terus terhadap hasil carian seperti dalam gambar dibawah.

Kemudian, bahasa AWK yang lebih berkuasa telah dicipta 3 tahun selepas itu (1977); juga di Bell Labs oleh Alfred Aho, Peter Weinberger, and Brian Kernighan.

Seperti yang anda jangkakan, nama AWK itu sendiri berasal dari huruf pertama daripada nama keluarga setiap pembangun tersebut.

Pada hari ini, utiliti sed dan AWK boleh didapati dalam kebanyakan sistem operasi Linux dan Unix.

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.3

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ
Semoga Allah menerima segala kebaikan kami dan kebaikan kamu.
SHRAMZDB
3 Syawal 1438 H