Tuesday 3 October 2017

Sejarah PHP


Meskipun PHP, server-side scripting language yang dicipta khas untuk pembangunan laman web, ia juga boleh digunakan untuk kegunaan am sama seperti bahasa pengaturcaraan yang lain.

PHP digunakan secara meluas sekali. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Netcraft pada Januari 2013, PHP telah pun digunakan pada 244 juta laman web, dan 2.1 juta Alamat IP (IP addresses).

Mari kita lihat sejarah ringkas PHP ini.

Pada mulanya, ia direka oleh Rasmus Lerdorf pada tahun 1994 untuk menggantikan skrip Perl yang digunakan untk laman web peribadi beliau.

Ketika itu, PHP adalah akronim untuk Personal Home Pages.

Pada tahun 1997, Zeev Suraski dan Andi Gutmans menulis kembali parser dan membentuk PHP 3.



Mereka kemudiannya menubuhkan syarikat Zend Technologies pada tahun 1999 yang juga boleh kita lihat dalam output arahan "php -v"
root@Ubuntu:~# php -v
PHP 7.0.22-0ubuntu0.16.04.1 (cli) ( NTS )
Copyright (c) 1997-2017 The PHP Group
Zend Engine v3.0.0, Copyright (c) 1998-2017 Zend Technologies
    with Zend OPcache v7.0.22-0ubuntu0.16.04.1, Copyright (c) 1999-2017, by Zend Technologies
root@Ubuntu:~#

Mereka juga menukar akronim berulang (recursive acronym) PHP daripada "Personal Home Pages" kepada "PHP: Hypertext Preprocessor".


Akronim berulang (recursive acronym) ini sebenarnya merujuk kepada nama itu sendiri.


Contoh aplikasi lain yang turut menggunakan akronim berulang ini adalah seperti:

👉🏼 BIRD — BIRD Internet Routing Daemon
👉🏼 cURL — Curl URL Request Library
👉🏼 GNU — GNU's Not Unix
👉🏼 Nano — Nano's Another editor
👉🏼 Nagios — Nagios Ain't Gonna Insist On Sainthood
👉🏼 RPM — RPM Package Manager (nama asalnya "Red Hat Package Manager")
👉🏼 WINE — WINE Is Not an Emulator (initially Windows Emulator)
👉🏼 XAMPP — XAMPP Apache MariaDB PHP Perl
👉🏼 XBMC — XBMC Media Center (nama asalnya Xbox Media Center)

Fakta yang menarik bukan


Tahukah anda platform facebook yang kita gunakan ini juga menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP?

Apakah laman web popular lain yang turut menggunakan PHP?

Keterangan gambar: elePHPant, maskot bagi projek PHP merupakan gajah bewarna biru dengan PHP logo didalamnya. Ia direka oleh Vincent Pontier pada tahun 1998.

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah

Ingin mempelajari PHP dan MySQL?
Tidak tahu dimana perlu bermula?
Tidak ada asas pengaturcaraan?

Anda tidak perlu risau lagi kerana pada 4 Nov 2017 ini kami akan mengadakan Kursus Asas Pengaturcaraan PHP & MySQL (Tahap 1).

Daftar sekarang! Tempat adalah terhad.

https://www.facebook.com/events/830024283823789/

No comments:

Post a Comment