Sunday 21 January 2018

Pangkalan data adalah koleksi data yang disusun dengan cara yang memudahkan akses, serta pengurusan dan pengemaskinian yang cekap.

Pangkalan data terdiri daripada jadual yang menyimpan maklumat yang tertentu.

Sebagai contoh, anda akan menggunakan pangkalan data, jika anda membuat laman web seperti Facebook ini, yang mengandungi banyak maklumat seperti nama pengguna, kata laluan, kandungan, komen dan sebagainya.

Mari kita tengok beberapa komponen yang penting didalam sesuatu pangkalan data.

Database Table merupakan satu jadual dengan baris (rows) dan lajur (columns) sama seperti apa yang dilihat dalam hamparan (spreadsheet) Excel.

Table yang berbeza mengandungi maklumat mengenai pelbagai jenis perkara.

Pangkalan data biasanya mengandungi beberapa jadual (table), masing-masing direka untuk tujuan tertentu.

Sebagai contoh, berikut merupakan jadual (table) pangkalan data nama dan nombor telefon.

Pada mulanya, tiada TABLE dalam pangkalan data dbTelefon ini.

Ini disahkan melalui arahan SHOW TABLES;

Kemudian, kita akan membuat suatu jadual baru yang bernama tbl_NoTel

Sekali lagi arahan SHOW TABLES; digunakan untuk mengesahkan jadual ini.

Untuk memaparkan maklumat mengenai COLUMN Bilangan, Nama dan NoTelefon, arahan SHOW COLUMNS FROM tbl_NoTel; digunakan.

Arahan DESCRIBE dan EXPLAIN juga boleh digunakan untuk memaparkan maklumat yang sama.

Selepas pangkalan data dan jadual (TABLE) telah dibuat, data yang berkenaan bolehlah ditambah dengan arahan INSERT INTO.

Akhir sekali, untuk melihat maklumat yang telah dimasukkan ke dalam TABLE tbl_NoTel, arahan SELECT * FROM tbl_NoTel; digunakan.

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment