Thursday 21 December 2017

Terjemahan Alamat Jaringan (Network Address Translation / NAT)



😱 Apabila alamat IP (IP address) diperkenalkan, hanya sebahagian daripada empat bilion alamat IP tersedia ada untuk digunakan.

Ya, 4,294,967,296 alamat IP (2^32).

Kelihatan banyak bukan?

🤷🏻‍ Pada awalnya, ini tidak menjadi masalah kerana Internet hanya digunakan di kalangan kumpulan penyelidik akademik, beberapa syarikat berteknologi tinggi, dan Kerajaan Amerika Syarikat.

Tetapi selepas populariti Internet meletup pada pertengahan tahun 1990-an, alamat IP sedia ada dijangkakan tidak akan mencukupi untuk memenuhi permintaan.

Menurut World Population Clock, jumlah penduduk dunia pada Disember 2017 adalah sebanyak 7.6 bilion, manakala bilangan Alamat IPv4 pula hanya sebanyak 4 bilion.

Sebagai tindak balas, IPv6 telah dicadangkan pada tahun 1996 melalui beberapa siri RFC yang bermula daripada RFC 1883 sebagai penyelesaian jangka panjang.

Tetapi IPv6 agak berbeza daripada IPv4 dan mempunyai beberapa cabaran yang memperlahankan penggunaannya.

Oleh itu, penyelesaian jangka pendek yang praktikal diperlukan, dan dengan itu Terjemahan Alamat Jaringan (Network Address Translation / NAT) diperkenalkan.

Idea asas di sebalik NAT adalah untuk memberikan satu alamat IP awam kepada peranti NAT.

Seperti yang telah kita bincangkan, terdapat dua jenis alamat IP iaitu Alamat IP Awam (Public IP Address) dan Alamat IP Peribadi (Private IP Address)

🕵️‍ Hanya Alamat IP Awam (Public IP Address) boleh digunakan dalam rangkaian internet, namun begitu ia adalah terhad tidak seperti Alamat IP Peribadi (Private IP Address).

🕵️‍  Alamat IP Peribadi (Private IP Address) hanya boleh digunakan dalam rangkaian peribadi sahaja.

🤷🏻‍ Anda boleh bayangkan Alamat IP Awam (Public IP Address) seperti alamat rumah yang perlu didaftar terlebih dahulu.

🤷🏻‍ Manakala Alamat IP Peribadi (Private IP Address) boleh diibaratkan seperti alamat bilik dalam rumah yang boleh kita beri sebarang alamat yang kita suka.

Dalam rangkaian tempatan di belakang peranti NAT, setiap peranti pengkomputer akan diberikan Alamat IP Peribadi (Private IP Address) seperti digambarkan di bawah.

Dalam rajah ini, Alamat IP Awam (Public IP Address) peranti NAT ialah 145.12.131.7 manakala Alamat IP Peribadi (Private IP Address) berada dalam lingkungan 192.168.100.X, dimana X sebarang nombor dari 1 ke 254.

Julat Alamat IP Peribadi (Private IP Address) ini adalah salah satu daripada tiga julat yang umum:

Kelas A: 10.0.0.0 - 10.255.255.255/8
Kelas B: 172.16.0.0 - 172.31.255.255/12
Kelas C: 192.168.0.0 - 192.168.255.255/16

... bersambung ...

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment