Saturday 29 July 2017

traceroute



Pada tahun 1987, Van Jacobson telah membangunkan perisian traceroute untuk mengesan masalah routing didalam rangkaian.

Pada tahun yang sama, beliau dan rakan-rakan di Lawrence Berkeley Laboratory Network Research Group juga telah mula membangunkan utiliti tcpdump.

Masalah seperti "routing loop" dan dimana ianya berlaku dapat dikesan dengan mudah sekali melalui traceroute.

Traceroute juga digunakan untuk mengenalpasti laluan paket-paket IP yang akan dilalui dari satu komputer kepada komputer yang lain.

Utiliti traceroute yang digunakan didalam Sistem Operasi Microsoft Windows adalah berbeza dengan Linux.

Windows menggunakan ICMP didalam perlaksanaan traceroute atau lebih dikenali sebagai tracert didalam OS tersebut.

Manakala Sistem Operasi berasaskan UNIX, Linux dan BSD menggunakan protokol UDP. Cisco juga menggunakan UDP didalam perlaksanaan utiliti traceroute-nya.

Berdasarkan rajah dibawah, terdapat dua kemungkinan laluan (route) dari PC01 ke PC04.

Ramai menyangka bahawa PC01 akan melalui Laluan A dimana bilangan hop (hop counts) adalah lebih sedikit berbanding Laluan B.

Adakah ia benar?

Dengan menggunakan utiliti traceroute, teka teki ini terjawab dengan mudah sekali.

Pembelajaran berterusan, membina generasi pakar IT masa hadapan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment